nuffnang

Saturday, May 31, 2008

Hutan Belum

dipetik dr bharian

Hutan Belum

Oleh Mohd Feroz Abu Bakar


PULAU Banding Rainforest Research Centre boleh dikunjungi pelawat.

Pesona Belum Rainforest Resort pukau pelancong

JIKA anda mengimpikan percutian indah ditemani alam semulajadi, Belum Rainforest Resort di Pulau Banding, kira-kira 170 kilometer dari Ipoh, Perak mampu mencapai hasrat itu.

Bayangkan bangun dari tidur disambut kedamaian hutan menghijau sambil kicauan burung melekakan minda. Ini mungkin percutian yang dinanti-nantikan selama ini selepas saban hari letih meredah hutan batu.


Tarikan baru produk pelancongan Perak, Belum Rainforest Resort ini ialah sebuah kemudahan penginapan yang memberi peluang kepada tetamu mendekati alam semula jadi. Resort itu terletak di lokasi strategik iaitu antara Gerik, Perak dan Jeli, Kelantan iaitu di tengah-tengah laluan Lebuh Raya Timur-Barat dalam kawasan Taman Negeri Royal Belum.

Di Belum Rainforest Resort, pengunjung boleh melakukan pelbagai aktiviti membabitkan alam semula jadi di sekitar resort 70 bilik itu, sama ada pengunjung menginap semalaman atau untuk tempoh panjang.

Lokasi pusat percutian itu amat sesuai untuk keluarga, kanak-kanak malah program 'kembali ke alam semula jadi' boleh dikendalikan sektor korporat bagi membina semangat dan setiakawan pekerja. Aktiviti seumpama itu boleh dilakukan di sekitar resort atau menaiki bot ke beberapa lokasi di tengah-tengah hutan berusia 130 juta tahun itu.

PANORAMA Tasik Banding dilihat dari Belum Rainforest Resort.

Sebagai pilihan, jika pengunjung menetap sehari saja dan tidak mahu mengeluarkan belanja tambahan, mereka boleh menjejaki alam semulajadi di sekitar resort dengan percuma terutama mengenali pelbagai jenis herba dan kegunaannya.

Jejak atau trekking itu disediakan Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (Frim) bagi memberi maklumat asas kepada orang ramai mengenai proses peralihan pokok secara semula jadi di hutan.

Tetamu resort juga dibekalkan dengan risalah berhubung jenis dan fungsi pokok bermula daripada herba hingga kepada pokok yang sudah matang dan dominan di hutan.

Kebanyakan tumbuh-tumbuhan herba yang ditanam di sekitar resort itu sedang dikaji saintis dalam dan luar negara mengenai unsur perubatan daun, buah, batang atau akar pokok.

Antaranya pengunjung boleh mengenali daun Mambu yang digunakan untuk mengubat malaria manakala minyak daripada bijinya berfungsi seperti antiseptik bagi luka atau kegatalan pada kulit. Tidak ketinggalan, pokok Tongkat Ali yang sarat kelebihannya, malah daunnya mengikut kepercayaan Orang Asli jika dimakan boleh menghalang gigitan nyamuk kerana ia dikatakan menjadikan darah pahit.

Buah dari pohon Tembaga Suasa pula boleh digunakan untuk mengeluarkan racun dalam perut.

Pengarah, Program Ekopelancongan dan Perhutanan Bandar Frim, Dr Noor Azlin Yahya, berkata sebagai permulaan, tetamu boleh melawat kawasan di tepi resort yang ditanam dengan pelbagai jenis pokok herba.

"Bagi pengunjung yang ingin mengikuti jejak pokok hutan yang sudah ditandakan ini, mereka hanya memerlukan masa kira-kira sejam dengan berjalan kaki dari stesen petrol berhampiran resort atau menaiki bot di jeti resort.

"Pengunjung boleh melihat pokok kecil seperti Mahang Gajah, Balik Angin, Cenderai, buluh dan Resam yang banyak tumbuh di sekitar resort.

"Jika mereka terus mengikut jejak ini, pengunjung akan melihat pokok Pulai, Merbau, Sepetir, Keledang, Mempening, Meranti Tembaga, Nyatoh, Keruing dan Simpoh Gajah," katanya.

Untuk tetamu resort yang suka aktiviti lebih lasak, mereka boleh menempah pakej menaiki rakit, meneropong burung, memancing, mengunjungi penempatan Orang Asli atau mandi di air terjun dan jeram.

Tetamu resort juga boleh melawat rumah contoh Orang Asli yang dibina khas, iaitu kira-kira lima minit berjalan kaki dari resort.

Di sini, mereka boleh merasai sendiri betapa nyaman berada dalam rumah Orang Asli, duduk di bawah teduhan pokok atau menyaksikan tarian Sewang di dewan terbuka.

Tempahan di Belum Rainforest Resort boleh dibuat dengan menghubungi 05-7916800 atau faksimili 05-7917600 atau menerusi laman web www.belumforest.com.

FAKTA:

  • Terletak di Banjaran Titiwangsa, Hulu Perak.
  • Seluas 117,000 hektar - menyimpan hutan hutan tropika berusia 130 juta tahun.
  • Kedudukan pada jarak 250 meter (m) hingga 2,000 m dari aras laut.
  • Tasik Banding seluas 152 kilometer persegi hasil pembinaan Empangan Temenggor pada 1974.
  • Tempat huni 10,000 suku Jahai dan Temiar.
  • Menempatkan hampir 300 ekor daripada 400 gajah di Semenanjung Malaysia.
  • Habitat 100 mamalia dan lebih 270 spesies burung.
  • Perjalanan berkereta lima jam dari Kuala Lumpur, dua jam (Kota Bharu, Kelantan) dan sejam setengah (Pulau Pinang).
  • Belum Rainforest Resort menawarkan 70 bilik istimewa.

Friday, May 30, 2008

kahwin

Salam.
Bru2 ni sy ader berkesempatan berkunjung ke kenduri kahwin Saudari Hajar di Kuala Ketil,Kedah. Lebih kurg 80km dr changlun.Nampaknya, di antara member defifa, she's the first to tie the knot(based on my current knowledege la). Ucapan Selamat Pengantin Baru dan semoga berbahagia hingga ke akhir hayat dipanjangkan kpd pasangan tersebut..... Secara x langsung, dapat le juga jumpa membe2 lama. Hampir 4 taun x bersua dek kesibukkan masing2. Unfortunately, x der gambary yg leh dipostkan. Dan akhir sekali kudos to Pak Long Amet, yg bersusah payah menganjur dan menghimpun semua geng2 Defifa yg free.

OK.
C U L8Ter

Wasalam...

Saturday, May 17, 2008

dipetik dr BH

Amukan Nargis

Oleh Rohaniza Idris dan Siti Nuralmizan Aripin




Taufan dikategori bencana amat dasyat yang boleh menyebabkan kemusnahan dan membunuh beribu-ribu nyawa

NAMANYA diambil daripada aktres Hindustan yang amat popular pada tahun 1940-an dan 1950-an, namun amukan taufan Nargis minggu lalu menyebabkan lebih 22,500 rakyat Myanmar terkorban manakala lebih 41,000 lagi hilang.

Pasukan bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) melaporkan melihat mayat terapung di merata tempat. Bencana amat besar dan dahsyat itu juga mengakibatkan keseluruhan kawasan rendah di delta Irrawaddy kini tenggelam sepenuhnya.


Kawasan yang terjejas teruk hanya dapat dihubungi dengan menaiki bot, manakala helikopter gagal menggugurkan bekalan bantuan.

Sekurang-kurangnya sejuta penduduk hilang tempat tinggal dan sebahagian besar perkampungan rosak teruk.

Jumlah kematian dan kerosakan harta benda dijangka jauh lebih besar daripada yang dinyatakan pemerintah Myanmar.



Bahana badai mengganas

TAUFAN yang melanda bukan saja mengorbankan beribu-ribu nyawa malah harta benda berbilion ringgit. Minggu lalu, Taufan Nargis meragut lebih 22,500 nyawa manakala lebih 41,000 orang masih lagi hilang di Myanmar.

Namun apa bezanya taufan Nargis dengan taufan yang berlaku di Amerika, Bangladesh, Filipina dan negara lain. Apa pula beza taufan, ribut, angin kencang dan puting beliung?

Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat 2005, taufan bermaksud angin ribut dan badai manakala pakar meteorologi tempatan menyatakan taufan adalah bencana alam yang amat dahsyat dan membinasakan manakala laluannya jauh dan hayatnya panjang menjadikan kehadirannya amat mengerikan.


Kebiasaannya, taufan dikenali sebagai Hurricane di kawasan Utara, Carribean dan Teluk Mexico, manakala panggilan typhoon biasanya digunakan untuk bahagian Barat Pasifik seperti Jepun, China dan Filipina.

Siklon tropikal pula merujuk kawasan di Lautan Hindi yang melanda negara seperti India, Bangladesh dan Indonesia.

Mengikut istilah meteorologi, taufan ditakrifkan sebagai enjin haba atau satu sistem tekanan rendah, selalunya terbentuk di kawasan tropika yang akan mengganas apabila sampai ke pantai sehingga mampu membunuh beribu-ribu nyawa dan menyebabkan kemusnahan berbilion ringgit.

Bagaimanapun, sebelum taufan ini mampu membawa bencana besar, ia hanyalah ribut tropika dengan kelajuan angin antara 64 kilometer sejam (km/j) dan 118 km/j. Ribut itu digelar Taufan apabila kelajuan angin itu meningkat melebihi 118 km/j.

Taufan mampu menghasilkan haba 200 kali ganda kadar penghasilan elektrik oleh manusia bersamaan dengan ledakan 10 megaton bom nuklear setiap 20 minit.

Ramai yang menyatakan taufan membawa kepada kebinasaan, namun sebenarnya ia penting dalam sistem pusingan atmosfera bagi memindahkan udara panas dari kawasan Khatulistiwa ke berlatitud tinggi.

Malah, taufan ini membantu kawasan kering. Contohnya, jumlah hujan di Jepun, kebanyakannya disumbangkan oleh taufan. Begitu juga di Amerika Syarikat, Taufan Camille, dalam kategori 5 yang melanda Pantai Teluk Mississippi, pada 1969 menukar kawasan kering itu dan menamatkan krisis air di kawasan berkenaan.

Biasanya taufan membawa beberapa elemen lain seperti ribut dan puting beliung. Ribut adalah kubah air yang besar dan mempunyai kelebaran antara 70 hingga 140 kilometer sejam yang melanda pinggir pantai berhampiran tempat taufan bertemu daratan.

Taufan yang kuat dan perairan cetek akan menghasilkan kadar pergerakan lebih tinggi dan mengancam nyawa serta harta benda terutama di kawasan sepanjang pantai.

Selain itu, hujan lebat datang mencurah-curah dan menyeluruh, boleh menyebabkan banjir yang memusnahkan, manakala angin kencang taufan boleh memusnahkan bangunan dan struktur binaan yang tidak kukuh.

Taufan juga boleh menghasilkan puting beliung atau tornado. Kebiasaannya, fenomena puting beliung berlaku di depan sebelah kanan taufan, namun kadangkala kita boleh menjumpai puting beliung ini bersama hujan di tengah-tengah taufan.

Ada sesetengah taufan yang tidak disertai puting beliung langsung. Namun, kajian kaji cuaca menunjukkan kebanyakan taufan memang membawa puting beliung contohnya, taufan Buelah (1967) membawa 141 puting beliung. Kebiasaannya kehadiran taufan bersama puting beliung boleh menyebabkan banyak kerosakan lebih dahsyat.

Selain itu, di Malaysia wujud ribut petir iaitu fenomena biasa yang berlaku sepanjang tahun dan selalunya berlaku pada waktu petang dan awal senja. Secara relatifnya ia bersaiz kecil, namun semua ribut petir adalah merbahaya kerana menghasilkan kilat yang berpotensi untuk membunuh manusia.

Hujan lebat dari ribut petir boleh mendatangkan banjir dan tanah runtuh manakala angin kencang dan hujan batu juga dikaitkan dengan sesetengah ribut petir.

Pertubuhan Kajicuaca Sedunia (WMO) menyatakan ribut petir sebagai kejadian satu atau lebih nyahcas elektrik secara tiba-tiba yang menghasilkan lintasan cahaya (kilat) dan bunyi gemuruh (guruh). Ribut petir biasanya terjadi dalam keadaan atmosfera yang lengas dan tidak stabil.

Awan kumulus terbentuk apabila udara panas berlengas naik dari permukaan bumi ke altitud yang lebih tinggi dan pemeluwapan. Ia berkembang secara menyisi dan menegak menjadi awan padat yang lebih besar yang disebut sebagai awan kumulonimbus, dengan golakan kuat di dalamnya dan aliran keluar yang kuat di bawah dasarnya.

Awan ribut petir yang matang sering kali mempunyai struktur bersel dengan diameter mencapai tiga ke lima kilometer dan ketinggiannya melebihi 10 kilometer. Ia boleh wujud secara terpencil, berkelompok atau dalam garisan dengan purata tempoh hidup ribut petir ialah antara 15 hingga 30 minit tetapi dalam keadaan tertentu, tempoh ini jauh lebih lama.

Ribut petir berpotensi untuk menghasilkan hujan batu, hujan lebat, kilat sabung menyabung dan angin kencang.

Bagaimana taufan terbentuk? Mengikut laman web Pihak Pentadbir Lautan dan Atmosfera Kebangsaan Amerika Syarikat (NOAA), taufan bermula dari laut yang berlaku di kawasan persekitaran laut panas yang mana suhu laut yang mencatat suhu melebihi 26 darjah Celsius dengan kedalaman air mencapai 60 meter, ia akan mula membentuk fenomena taufan itu.

Proses pembentukan itu berlaku apabila adanya pusat tekanan rendah yang mana semakin panas air laut dan semakin rendah tekanan di atmosfera yang menyebabkan angin masuk ke dalam lingkungan yang membentuk putaran.

Ini kerana tekanan rendah dan tekanan tinggi yang memperlihatkan tekanan tinggi akan bergerak ke arah tekanan rendah dan pada masa sama, ia ditambah dengan daya putaran bumi atau dipanggil daya coriolis iaitu satu daya pembiasan bumi.

Info

  • Mata taufan - Dikaitkan sebagai pusat utama sistem taufan. Kawasan mata taufan mempunyai tekanan udara paling rendah dan ia menjadi tumpuan angin kencang di sekelilingnya. Bagaimanapun, kawasan mata taufan biasanya tenang dan bebas daripada awan, menjadikan ia mudah dikesan melalui satelit. Tapi angin sekeliling taufan paling kencang dan awannya juga tebal.

  • Dinding mata - Panggilan untuk jaluran awam paling tebal di sekeliling mata taufan. Di bahagian ini, hujan turun paling lebat serta kekerapan ribut petir juga paling kerap.

  • Jalur hujan - Merujuk kepada barisan awan hujan yang tersusun mengelilingi mata taufan. Jalur hujan membawa hujan yang lebat dan berkemungkinan menghasilkan puting beliung tapi ruang antara jalur hujan boleh menjadi tenang.
  • Thursday, May 15, 2008

    whew!!!



    Sorry for the late update,

    I was away for quite sometime. I went to Kuala Terengganu and KL for about week. Anyway, I managed to go to the TTI or Taman Tamadun Islam. It isn't fully constructed yet, but its open to the public. I only managed to visit a quarter of the park as the other aren't open yet. Construction is still going on to date. The place is filled with like wise replicas of mosques from all over the world. At first sight, I thought I had to paid to enter as it has the common feature of normal parks as such Aquaria and etc. But, thank god its free. If not, i'd been furious if I had to paid. . If we had to pay to get in, the state government should let a private company carried out and maintained the place with their own money instead of using the people's money. This just my view, i hope it doesn't offend anyone.


    Ok.
    Till next time.

    Saturday, May 3, 2008

    salam

    Baru-baru isu kenaikkan harga barang terutamanya harga beras agak hangat diperkatakan. Harganya telah meningkat di antara 15-40 peratus. Walaupun, negeri Kedah diibaratkan periuk nasi negara, ia tidak terkecuali dari masalah ini. Kenaikkan yang paling tinggi bagi beras ialah dari RM 21 hingga RM 36.00 bagi 10 kg beras.

    Beras merupakan barang kawalan yang telah diwartakan. Namun, kita lihat, tiada usaha diambil bagi mengekang kenaikkan harga komoditi yang mendadak ini. Kita akan melihat apa tindakan yang akan diambil oleh Kementerian Pengunna bg menghadapi kenaikkan komoditi tersebut.

    Walaupun, harga beras naik, harga padi tetap sama. Harga racun naik, baja naik dan kos penyelenggaraan seperti pembajakan naik. Para petani yang penat-penat menanam padi, tidak mendapat pulangan yang sepatutnya. Mereka seolah-olah dipinggirkan dalam hal ini. Tanah sawah sekarang juga telah habis diambil dangan rakusnya bagi tujuan pembangunan.

    Alhamdulillah, keputusan yang dibuat oleh MB Kedah bagi membekukan segala projek pembangunan dikawasan sawah dibekukan serta-merta adalah amat tepat sekali.

    Kita berdoa agar setiap satu yang berlaku pasti akan ada hikmahnya nanti.

    Wassalam..