nuffnang

Saturday, September 25, 2010

sekarang..........

Assalamualaikum waramatullah....

tajuk yg dipaparkn di atas sebenarnya hassil dari kekontangan idea.....

berikut ialah isi hati jiwa ini:

Saya sebenarnya tidak berapa suka dengan jentera kerajaan kerana menggunakan istilah Salam 1 Malaysia.... bg saya macam ada something yang tak kena dimana saya tidak dapat menggambarkannya...... selalunya ucapan salam dikaitkan dengan Assalamualaikum ..... saya tidak menentang gagasan 1 Malaysia tetapi phrase Salam 1 Malaysia seolah-olah tidak sesuai...

ok.... kisaah lain pulak.......

pagi tadi ketika lepas pulang dari menikmati juadah roti canai, sorg sahabat saya telah memainkan 1 video..... video tersebut merupakan petikan dari program Halaqah Sentuhan Qalbu episod keberapa entah yg bertajuk "Ikon" yang menampilkan Ustaz Badlishah serta saudara Firdaus Djamari(kalau nak tengok cari je kt youtube) ..... saya terkesan akan mesej yang ingin disampaikan dalam program tersebut..... Sesungguhnya Nabi Muhammad SAW merupakan seorang insan yang agung dan betapa kasihnya akan beliau kepada umat Baginda SAW, sehinggakan di saat kewafatan baginda, baginda masih teringatkan umatnya........... tetapi bila direnung-renungkan kembali masyarakat kita semakin jauh dengan Nabi, malah apa yang dibawa oleh Nabi tidak semuanya dijadikan panduan hidup....... isu aurat, ibadah, puasa, jenayah yang melampui batas dan lain-lain lagi. Kdg2 ada juga terjumpa di mana insan tersebut berpuasa di bulan Ramadhan, pergi Solat Sunat Hari Raya, namun solat fardu ditinggalkan.....

walaupun diri ini banyak tidak sempurna, namun walaupun sedikit, saya juga berharap saya dapat berubah... .....

posting 12:47 am, 25/09/2010