nuffnang

Tuesday, May 4, 2010

Arak.......kara..... raka..... akar..........

Salam......

Peringatan wat diri ini dan teman2 sekalian....

Firman Allah :

"Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak dan judi dan pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya." (Surah Al-Maa’idah : ayat 90)

ya kebanyakkan daripada kita tahu bahawa arak itu merupakan sesuatu yg dilarang keras .....
ya mmg keras......

pengalaman ku:

p kedai serbaneka (ala yg buka 24 jam tu la) nk bli 100 plus ....pap.. pap.. arak ada dijual ..... siap ade dlm fridge(peti sejuk) lg bersama-sama ngn 100 plus serta pepsi..... kebanyakkan petugas kaunter kedai tersebut org Islam.....

pergi ke sebuah pasar raya ...... arak ada juga dijual...... namun yg jaga kaunternya org Islam.....

bagaimana jika ada org yg membeli arak tersebut, confirm org yg jaga kaunter itu kena pegang botol arak dan menerima duit bg jualan arak tersebut.... ak terfikir mcm mana la keadaan dorg ni mengikut hukum syarak.......????

setahu saya, org Islam xleh terlibat langsung dlm pembikinan, pembuatan, penghantaran malah menjual beli arak....... jd pak gad kt kilang arak pun jem......

kita kata kita negara Islam... namun arak dan judi berleluasa...... penguatkuasaan bermusim....

namun kalo tertangkap, takat byr denda atau kompaun boleh bebas...

keputusan magnum 4wd ataupun sport toto.... mudah je, tgk dlm suratkhabar harian... tentu ada......

di Brunei:

BANDAR SERI BEGAWAN (Brunei): Menteri Hal Ehwal Agama Brunei, Zain Serudin menolak usul ahli Parlimen, Goh King Chin supaya zon khas jual beli arak diwujudkan untuk pelancong bukan Islam.

Zain menegaskan, andai ia diwujudkan, Brunei yang mengharamkan penjualan arak pasti dilaknat Tuhan.

Yang paling kami takuti ialah laknat Allah. Laknatnya bukan pada mereka yang melakukannya sahaja tapi semua yang berada di negara ini. Pelancong yang ingin minum arak boleh minum di negara mereka, malah mereka boleh mandi arak.

“Hari ini mereka mahu zon arak, lepas ini mungkin zon pelacuran, kasino. Kami perlu tolak semuanya dan kekalkan kemakmuran,” tegasnya. – AP

No comments: