nuffnang

Friday, August 29, 2008

Ahlan ya Ramadhan!!!



Salam
Ahlan wa sahlan ya ramadhan
My posting this time would be in Malay.

Setelah sekian lama Ramadhan menghilang, sekarang ia menjelma lagi. Nampaknya tahun ni suasana puasa kita bermula sebaik sahaja kita menyambut hari kemerdekaan yang ke-51. Kita sudah merdeka, namun dapatkah kita menghayati erti sebenar kemerdekaan itu?

Rejab, Syaaban, Ramadan dan akhirnya bulan kesukaan ramai orang Islam, bulan Syawal. Di waktu inilah, kita dapat lihat biar betapa lalai org Islam itu, dia menyambut Syawal dengan penuh kegembiraan.

Puasa itu merupakan salah satu daripada rukun Islam yang lima itu. Puasa telah disyariatkan kepada umat terdahulu dan diteruskan pula oleh umat Nabi Muhammad SAW. Puasa bukan sekadar tahan lapar dan minum, nafsu juga perlu dikawal. Bulan puasa boleh jadi bulan untuk menguruskan badan atau untuk menambah berat badan. ok. ahlan ya ramadhan karim!!!

Bulan Ramadan tiba lagi
Membawa hikmah dan pengajaran
MEndidik jiwa orang bertakwa
Menginsafkan diri siapa kita

Jagalah adab di bulan ini
Berbukalah dengan sezeki yang halal
Sediakan juadah yang berpatutan
Elakkan diri dari pemmbaziran

Berbagai hikmah dan baraqah
Terkandung di dalam bulan Ramadan
Dikurniakan juga Lailatulqadar
Malam terpilih sepuluh malam terakhir

Puasa bukan hanya berlapar
Tapi ia jalan menuju ketakwaan
Ibadat dibina dari hati maknawi
Redha lagi pasrah penuh kehambaan*


MNM
*dr lagu rabbani

1 comment:

nurilahi said...

salam ramadhan, teman (: