nuffnang

Tuesday, December 2, 2008

Takziah..

Salam,
Di dalam ruangan yang sempit ini, saya ingin mengucapkan takziah kepada Timbalan Menteri Pelajaran , Dato' Razali Ismail yang telah pulang ke rahmatullah. Beliau meniggal disebabkan serangan jantung.

Takziah juga diucapkan kepada Allahyarham Pak Ku Shadat atau nama sebenarnya Ku Nafiah Ku Aman. Saya pernah berjumpa dan sempat berbual dengan Allahyarham ketika beliau masih hidup kira-kira 4 tahun yang lalu dalam sebuah majlis. Beliau merupakan seorang yang sangat senang didekati dan mampu menutur pelbagai bahasa. Memang tak kering gusi kalau dok bersembang dgn dia. Lagunya yang paling terkenal ialah Vespa Haji Samad, Proton Saga dan lagu kegemaran saya, Anak-anak Mata. Lagu-lagunya semua berunsurkan nasihat yang ditujukan kepada semua lapisan masyarakat. Kehilangan Pak Ku Shadat pastinya akan dirasai dalam arena seni yang berfokuskan lagu rakyat/ seloka rakyat. Walaupun beliau kurang dikenali oleh generasi baru, namun karyanya tetap kedengaran di majlis keramaian (kenduri kahwin, majlis berendoi dan lain-lain) terutamanya bagi orang Utara. Pengakhiran hidupnya penuh dengan derita.

Semoga roh mereka berdua dicucuri rahmat Allah. Amin.

2 comments:

As said...

owh I did give highlight abt Datuk razali..
becoz his son is my fren..
and to feel how he feels..


every soul shall taste death

MNM said...

As:

yup, every one will face death..

pak ku shadat gerenti ko x knal nyer....